Old posts

ALOE VERA a.k.a LIDAH BUAYA : Sedikit Petua Ringkas

Posted by on January 25, 2012 | Comments Off

Masih lagi dalam mood cuti sempena sambutan CNY ( Chinese New Year ). Huuu… tugasan yang mesti dibereskan sebelum masuk kerja semula memang berlambak, tapi…haiyooo, malasnya memang tahap kapal selam lah : (. Dengan cuaca yang sebegini panas,serangan batuk dan selesema yang tak habis-habis seminggu dua ni,memang sukar menggerakkan diri untuk bermula. Apapun,i’m trying my best.

Entri ringkas petang Rabu berkaitan manfaat lidah buaya.(p/s: petang Rabu » Read the full post

Tags: , , , , , , , ,

8 CARA TANGANI RSI

Posted by on January 24, 2012 | Comments Off

Salam Petang

Masih bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina ? Kalau tak ada apa yang hendak dibuat petang-petang begini, elok juga jika dapat mengajak anak-anak untuk sama-sama membersihkan persekitaran rumah. Bukannya apa, serangan wabak denggi dan penyakit bawaan tikus kini tidak lagi terhad di kawasan kampung tapi telah menular ke kawasan metropolitan. Puncanya ? Banyak ! Dan kebanyakannya berpunca dari tabiat kita sendiri yang kurang mengambil berat hal-hal berkaitan kebersihan. Opps, jangan pula salah faham ya. Saya bukan mengatakan orang kota pengotor.

Ok, petang ini sebenarnya saya mahu menulis tentang cara-cara menangani » Read the full post

Tags: , , , , , , , ,

RSI….., KOMPUTER PUNCANYA !

Posted by on January 15, 2012 | One comment

Apa itu RSI ?

RSI adalah akronim daripada sejenis simptom berpunca daripada penggunaan komputer yang dikenali sebagai ‘Repetitive Strain Injury’.

Statistik 2011, menunjukkan bahawa penggunaan internet / komputer di negara kita meningkat kepada 41 %, berbanding 25 % pada tahun 2009.Penggunaan tertinggi adalah dalam kalangan orang muda berusia antara 20 – » Read the full post

Tags: , , , , , , , ,

KECEWA…NAMUN PERCAYA ALLAH MAHA BERKUASA

Posted by on December 30, 2011 | 2 comments

Barang siapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Barang siapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
(Surah An-Nisa’ 4: Ayat ke 100)

Salam hujung minggu. Tidak kurang dari 27 jam lagi kita akan menyambut kedatangan tahun baru 2012. Pastinya banyak azam baru yang mula dipahatkan dalam hati dalam melayari 2012 nanti. Apa yang bakal berlaku pada tahun hadapan itu, bukanlah dalam pengetahuan kita. Jika kalian baca majalah Mastika keluaran terkini, terdapat beberapa artikel yang ditulis berkaitan ramalan kiamat serta musibah besar yang dikatakan bakal berlaku dalam tahun itu. Wah, ramai nampaknya yang berhasrat nak ambil alih tempat Tuhan pula ya. Menentukan hidup mati manusia. Oh,dunia..dunia !! » Read the full post

Tags: , , , , , ,

ETIKA BLOGGING

Posted by on November 30, 2011 | Comments Off

Salam hormat untuk pembaca Ujanasihat,

Sebelum melelapkan mata, sempat juga saya meninjau perkembangan blog kesayangan ni. Meninjau jejak-jejak yang ditinggalkan serta melakukan ziarah balas sebagai satu bentuk sokongan kepada rakan blogger yang lain.

Ziarah ke sebuah ‘daerah’ mata terpaku kepada satu entri yang tajuk artikelnya bagai pernah dilihat, bagai biasa terbaca. Malah gambar@ imej sebagai hiasannya juga sangat jelas bagai pernah dilihat. Jelajah dan terus menjelajah, terkedu » Read the full post

Tags: , , , , , ,

PETUA MENGURANGKAN RASA MASIN MASAKAN

Posted by on November 26, 2011 | 7 comments

Cuaca yang tak menentu pada hujung tahun begini tak menjadi halangan kepada banyak pihak untuk mengadakan majlis kenduri kahwin. Jika di utara, kenduri majlis berkhatan atau popular di sini dengan sebutan ‘masuk jawi’ juga tidak kurang meriahnya kalau hendak dibandingkan dengan kenduri kahwin. Walau hujan pagi dan petang, serta ada khabar-khabar angin mengatakan banjir ( kami di utara lebih kerap menggunakan perkataan ‘bah’..) mungkin melanda menyebabkan tuan rumah tak senang duduk, kenduri tetap on.

Hari ni sahaja, ada 4 undangan kenduri yang telah saya hadiri. Rumah kenduri yang ke-3 & ke-4, menyajikan ikan kering @ ikan masin yang digoreng bersama cili kering dan hirisan bawang, di samping beberapa jenis lauk yang lain. Pencuci mulutnya pula hari ini lari dari kebiasaan iaitu pengat pisang bercampur keledek. Ummm,yummy ! Sedap sungguh. » Read the full post

Tags: , , , , , ,

PENYAKIT JANTUNG KORONARI:10 CARA MENJAUHI

Posted by on October 30, 2011 | 2 comments

Salad Sayuran + Mayonis

Hujung minggu tanpa ke mana-mana jadi saya ambil peluang untuk menulis 10 cara yang boleh dilakukan untuk menghindari penyakit jantung koronari. Sebelum itu, jom fahami dulu apa yang dimaksudkan dengan penyakit jantung koronari.

Penyakit jantung koronari yang amat digeruni ramai berlaku selepas serangan jantung yang mengejut akibat daripada gumpalan lemak berkumpul & menyempitkan salur darah » Read the full post

Tags: , , , , , , , , , ,

4 PETUA MENGHILANGKAN KUTU

Posted by on October 24, 2011 | Comments Off

Zaman sekarang ada kutu lagi tak ? Eh,bukan skim kutu yang diharamkan baru-baru ni tu tau. Maksud saya kutu kepala, yang ada kat rambut manusia. Kerjanya menghisap darah pada kulit kepala…Akibatnya kepala jadi gatal-gatal, asyik nak menggaru jer..huhu.

Saya bertanya sebab jarang sangat dah dengar pasal kepala berkutu ni. Dahulu, zaman persekolahan saya ingat lagi, cik misi @ jururawat kalau datang beri ubat cacing, check gigi mesti ada juga check kutu. Tapi sekarang tak nampak pula kegiatan tu. Mungkinkah orang zaman sekarang ni dah lebih prihatin tentang kebersihan, so kutu pun dah » Read the full post

Tags: , , , , , , ,

KHASIAT BELIMBING @ JUS BELIMBING

Posted by on October 21, 2011 | 3 comments

Jus Belimbing


Target untuk menulis sekurang-kurangnya 3 entri seminggu, nampaknya kecundang lagi. Bermula Rabu hingga hari ni, saya menghadiri kursus pengurusan laman web untuk webmaster. Haha….tak layak nak dipanggil webmaster pun sebenarnya. Malang sekali separuh perjalanan kursus, tiba-tiba server jabatan down hingga lah ke saat entri ni ditulis. Apapun tak boleh nak buat.Terpaksa ditunda ke tarikh lain pula..

Celah-celah ni jugalah, badan rasa panas jer. Batuk & sakit kepala » Read the full post

Tags: , , , , , , , , ,

KHASIAT JUS AVOKADO

Posted by on October 16, 2011 | Comments Off




Selain tembikai, buah avokado atau dikenali juga sebagai alpukat juga sesuai dijadikan jus selain di makan mentah. Jom lihat kelebihan yang terdapat pada buah ini.

1) Sebiji buah avokado bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 300 kalori & 88 % lemak.
2) Ia juga mengandungi 23 mg kalsium, 95 mg fosforus, 1.4 » Read the full post

Tags: , , , , , , ,

Powered by Wordpress and Stripes Theme Entries (RSS) | Comments (RSS)
Better Tag Cloud