Salam pagi,
14 Februari datang lagi. Walaupun sudah 2 hari berlalu,saya tetap nak buat sedikit kupasan tentang tarikh ‘keramat’ ni.Bagi golongan sedikit berusia,mungkin ada yang tak pasti ada apa dengan 14 Februari nih..tapi bagi golongan anak muda, 14 Februari menjadi agenda penting & besar setiap tahun.Meriah dan mesti diraikan!Jauh ke atas mengalahkan sambutan Maulidur Rasul dan Nuzul Quran…
Hari Memperingati Kekasih atau disebut juga sebagai Valentine’s Day,disambut meriah oleh anak muda kita setiap 14 Februari (Dewasa pun tak terkecuali,ada juga…ini spesies ketam lah ni).Bila tiba tarikh ni,macam-macamlah agenda dirangka untuk meraikannya.
Sambutan hanya sehari namun impaknya tidak berakhir di sini.Satu antara yang paling jelas, boleh dilihat 9 bulan kemudian…Anak Valentine,lahir & terbuang,bersepah di sana-sini. Tepat sangat la tu dengan slogan ‘Malaysia Boleh’.Jangan marah-marah ya…ini realiti.
Maafkan saya.Saya tahu ada yang marah-marah ni bila saya menulis tajuk ini.Saya tidak menuduh semua yang menyambutnya berakhir begitu..Sebagai seorang Muslim,saya memang langsung tak nampak mengapa 14 Februari ni perlu diraikan.
Setahu saya,sejarah 14 Februari ni adalah merupakan hari memperingati Valentine,seorang paderi yang kuat pengaruhnya di Spanyol tatkala zaman pemerintahan Ratu Isabella dan memainkan peranan besar dalam menjatuhkan kerajaan Islam.Ada juga versi-versi lain yang kedengaran,tapi saya tak berhajat memanjangkannya di sini.Yang pasti,walau pelbagai versi boleh kita baca sana-sini,tak satu pun kisah tersebut menyatakan tentang hari berkasih sayang yang perlu dipupuk-pupuk dalam kalangan orang yang belum sah ijabkabul. Ringkasnya,tak pernah saya dengar cerita yang menyatakan bahawa Valentine adalah hari di mana pasangan bukan muhrim dibolehkan berkepit ke sana-sini,atau duduk berdua-duaan di tempat sunyi dalam keadaan boleh mendatangkan syak…melainkan kisah sejarah meraikan kejatuhan kerajaan Islam.
Berbalik kisah sang paderi,Valentine disanjung kerana pada waktu itu beliau berjaya menjatuhkan kerajaan Islam di Cordova,Spanyol. Bagi meraikan kejayaannya, 14 Februari telah ditetapkan sebagai cuti umum setiap tahun dengan maksud meraikan kemenangannya.
Jadi persoalan besar di sini,mengapa anak muda kita teruja meraikannya? Tahukah mereka apa yang mereka raikan sebenarnya?Sedarkah mereka? Nampak sangat lah ya,yang anak muda kita ni terlalu mudah menerima sesuatu tanpa mengenal buruk baiknya…Jangan terlalu mudah menerima sesuatu budaya,terutama jika tidak kita tahu sejarahnya,justeru ini boleh memesongkan akidah sebagai seorang Muslim.Pendek kata jangan membuta tuli terutama apabila ia berkaitan dengan akidah.
Amat memalukan dan menjijikkan,bila beberapa hari lepas,muncul satu kempen ‘No Panties’ semasa keluar bersama pasangan kekasih yang dipromosikan di kalangan penuntut wanita IPT. Aduhai anak gadis / wanita…apa yang sedang berlaku ni?Jelas sekali kempen ini menggalakkan perlakuan seks luar nikah atau ringkas kata zina,petanda besar keruntuhan moral berlaku di sana-sini,(tanda-tanda akhir zaman)dan nampaknya golongan intelektual pun tidak terkecuali,malah mungkin menerajui…..Jangan marah-marah,realiti lagi!
Jadi,tak hairanlah kini,bila bencana berlaku di mana-mana.Gempa bumi & tsunami berupa salah satu tanda yang Allah sedang melaknati kita dek kemungkaran yang kita lakukan secara berleluasa.
Mengapa saya menulis tentang ini? Secara peribadinya,saya memang ‘meluat’ melihat tingkah-laku muda-mudi zaman sekarang,yang hilang rasa malu dan adab sopan. Bila ditegur,kita pula disergahnya! Bila kejadian sudah depan mata,takkan hendak kita biarkan begitu sahaja?Tak nak lah menanggung dosa sebab bersubahat…Menegur hal mungkar,bukan terletak di tangan ustaz/ustazah semata-mata.Setiap ahli masyarakat ada peranannya.Berdakwah, banyak cara berdakwah..mudah-mudahan dengan menulis begini,dapat juga memberi keinsafan kepada yang membaca,amin!





